Pertengahan Disember yang lalu...saya, Nono, Najihah, Eeffah dan Eezzah berkesempatan mengembara ke negara jiran Singapura selama 2 hari...pada hari pertama, kami ke Universal Studios Singapore [mesti baca! kisah pengembaraan kami ke USS yang sungguh menyeronokkan!]
manakala pada hari kedua, kami jalan2 pula di sekitar Kota Singa...hajat kami cuma 1...nak tengok Merlion, Singapore Flyer, Marina Bay Sand dan menikmati pemandangan indah di kotaraya yang hebat ini..yang menariknya...kami merancang untuk menjelajah Kota Singa ini hanya dengan menaiki bus dan mrt! macam..back pack traveler lerr konon2! hehe...
..pagi 19 Disember 2010...pengembaraan kami pun bermula..
~ Terminal Bas Larkin - Singapura via Woodland ~
tepat jam 7.47 pagi, kami menaiki bas SBS Transit No. 170 menuju ke Kranji MRT Station di Singapura. nak tahu berapa harga tambang bas? RM1.80 jeeeee...murahkan?
Ekceli, jarak di antara kedua buah negara ni...takde laa jauh mana...dalam 30 minit [or less] dah buleh sampai ke Singapura, tapi...proses pemeriksaan kastam membantutkan segalanya...dari 30 minit kepada 1 jam atau lebih, bergantung kepada suasana di kedua-dua checkpoint...so, lebih kurang jam 9.00 pagi, kami sampai di Kranji MRT Station.
dari sini...kami naik pulak MRT menuju ke Stesen Interchange Dhoby Ghout...sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Promenade dan seterusnya bergerak menuju ke destinasi yang pertama Singapore Flyer...harga tambang MRT? cuma $3.10 SG sehala...
sistem MRT di sini mengenakan charge $1 SG utk setiap keping tiket MRT yg dibeli...tapi, sekiranya, tiket itu dikembalikan...kita akan dapat semula $1 SG tuu...kiranya harga tiket cuma $2.10 [-+ RM5.04]..
yang kelakarnya...sbb kami ni kan 'tourist', so...tak tahu la...sistem kt situ...terjadi la satu insiden yg kelakar, tapi...since citernya panjang...tak yah citer aaahh...moralnya, bertanya la dulu kalau tak tahu...keh2..mujur staff di stesen membantu, thank u!
sesampai aje kami di Promenade MRT Stn, kami berjalan keluar menuju ke Millenia Park yang terletak betul2 di atas stesen tuu [stesen mrt tuu...dok bawah tanah laaa..]..
![]() |
| Gaya 5 orang tourist di Millenia Park |
~ Insiden kelakar di Millenia Park ~
nak ditakdirkan Allah, sesampai aje kt Park ni, tetiba, perut ku memulas!
Ya Allah...mana nak cari toilet kt celah2 bangunan ni...yg ada, cuma sebuah kedai Starbuck [kalu tak silap laa]..huhu..nak tak nak kena pi tanya direction laaa...err2, sambil2 bertanya laluan ke Singapore Flyer...dannn...adusss..perut ku memulas lagi!
atas bantuan staff kedai tuu, maka...dapat ler maklumat lokasi toilet [hi2..maluuu] dan laluan menuju ke The Flyer..
cerita berikutnya 'sensasi sedikit'..tapi, tidak memerlukan pengawasan ibu bapa..keh2..
bila ku melangkah masuk ke toilet yg sungguh bersih tuuu...baru ku teringat...
IMPORTANT REMINDER!
tandas awam di Singapura tidak menyediakan paip air! OMG!!!
yer laaa..majoriti warga Singapura adalah bangsa Cina, so..of course tandas depa tak disediakan paip air! air kt sinki je ada...huhu!
kita orang Islam, wajib bersuci selepas 'membuang'...so, baru laa kelam kabut! mujur gak ada bawak 2 botol mineral dan jugak 1 tumbler air...boleh laaa..diselesaikan! hehe...kalu tak, beristinjak ngan tisu je laahh..keh2..
dan selepas tuu...perjalanan kami ke Singapore Flyer diteruskan...



No comments:
Post a Comment